PENGENALAN

Bengkel satu hari mengenai melakar, pemilihan warna dan aplikasi lakaran ini adalah dirangka khas kepada mereka yang berminat untuk mendalami ilmu rekaan dan digunapakai khusus ke bidang seni sulaman manik dan labuci.

Bengkel ini memberi penekanan kepada pemahaman konsep rekaan, kaedah melakar dengan proses yang tersusun, proses dan cara pemilihan warna, kaedah perincian keatas setiap lakaran (menerusi pemilihan bahan sulaman) dan seterusnya mengaplikasikan gabungan teknik-teknik sulaman ke atas fabrik.

Peserta akan diberi peluang melakar, memilih warna dan bahan bagi menghasilkan produk sendiri menerusi proses pemindahan output lakaran ke atas baju pilihan masing-masing.

SIAPA PERLU HADIR?

Orang awam, suri rumah, pemilik butik pakaian, pereka, pelajar fesyen rekaan, hobbyist, pekerja professional, penjawat jawatan awam/swasta dan tukang jahit yang berminat mempelajari seni ini.

JADUAL

 

MASA

ACARA

8.30 am - 9.00 am

Pendaftaran & Sarapan Pagi
(Sesi Pagi: Intruktor - Cik Nik Maznah)
9.00 am - 12.30 am Penyampaian teori & aktiviti praktikal: Melakar & Memilih Warna
12.30pm - 2.00 pm Rehat/Solat & Makan Tengah Hari*
(Sesi Petang: Intruktor - IMASS)
2.00 pm - 5.00 pm Aktiviti Pemindahan Lakaran & Penghasilan Produk Akhir
5.00 pm - 5.30 pm Sesi Q&A

 

SYARAT PENYERTAAN

  1. Peserta harus mempunyai pengetahuan asas kepada teknik-teknik sulaman manik dan labuci.

  2. Peserta perlu membawa warna pensel, warna magic, pensel dakwat basah (mata saiz 0.2mm), peralatan sulaman seperti manik, labuci, kristal dan sebagainya.

  3. Sepasang baju kurung/kebaya moden/tradisional polos (warna terpulang pada peserta).

** Peserta boleh mendapatkan bahan sekiranya tidak mencukupi dari kami semasa bengkel dijalankan.

PENGAJAR

  1. Cik Nik Maznah Nik Hj Yusoff (Pensyarah Rekaan Fesyen, International Fashion Training Centre (IFTC), Kuala Lumpur)

  2. Pn Intan Mastura Mohd Salleh a.k.a IMASS (Blogger/Penulis e-book di Senijahitan.com).

YURAN DAN PENDAFTARAN

25 Julai 2010, (Bengkel 1Hari)

INDIVIDUAL RM 250

TERHAD KEPADA 20 ORANG SAHAJA

Kaedah bayaran:

1. Bayaran secara tunai menggunakan kaedah cash deposit.

2. Bayaran melalui online banking (Maybank2u atau CIMB Clicks).

 

 

MAKLUMAT BENGKEL, SILA HUBUNGI:

Pn. Intan Mastura Mohd Salleh a.k.a IMASS
016-6197488

En. Wira Mohamed Salleh
016-9702324

Emel: pertanyaan@senijahitan.com