Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass
Assalamualaikum,
Kali ni masih lagi dalam skop ‘beading’ tapi lebih kepada aksesori rambut utk budak2. Kite mmg suka aksesori yang bermanik2 ni. Kalau pegi kat kedai aksesori BONITA, sepit rambut yang ditatahi manik dan stone biasa je dah berharga dalam range RM 9.90 – RM 19.90. Kira mahal la. Kalau buat sendiri rasa lebih puas sebb dari kerja tangan sendirikan. Ikut citarasa sendirikan. So, kepada yang suka nak cuba buat untuk aksesori rambut sendiri bole le try yang sample bawah ni. Utk yang ini pun kite jumpa dalam web. Pastu sediakan bahan2nye dan follow instruction camne nak buat. Janji ade kemahuan dan spent skit modal dan masa, layan….
So, untuk mulakan pelajaran camne nak wat sepit rambut bermanik ni, antara bahannye adalah:

1 keping sepit rambut, manik Miyuki 11/0 RR, wayar lembut, manik plastik pelbagai bentuk, manik pony bentuk pelbagai bentuk dan any charm yang available.

Dan juga x lupa player nose dan cutter yang akan digunakan untuk memotong wayar dan membuat loop nanti.

Step 1: Buatkan 1 siri bulatan manik. Masukkan 27 butir manik Miyuki 11/0 RR kedalam wayar mengikut kale kesukaan masing. Bilangan butir manik mengikut saiz kelip rambut yang kite kehendaki. Makin besar kelip makin banyak le bilangan maniknye. Kemudian, rapatkan manik. Ikat dan pusingkan wayar dengan satu simpulan.

Step 2: Selepas mengikat manik2 tadi tu, letakkan bulatan manik ke atas kelip rambut dengan bahagian hujung simpulan di bahagian hujung kelip yang lebar (bahagian yang berlubang). Pastikan lebihan wayar dimasukkan ke dalam lubang kelip rambut. Lebihan wayar ini akan duginakan untuk membuat juraian (dangling) untuk kelip rambut nanti.

Step 3: Amik seutas wayar dan masukkan wayar ke dalam lubang. Kemudian, lilitkan wayar di antara susunan bulatan manik2 tadi. Lilitan ini berfungsi untuk memegang manik dengan kelip rambut supaya bila kelip di sepitkan ke atas kepala manik2 ini akan stay dan tidak bergerak-gerak.

Step 4: Masukkan manik2 pony mengikut citarasa sendiri. Susun dengan pelbagai bentuk supaya juraian kite akan nampak variasi maniknye dan kelihatan ceria. Last skali masukkan sebutir ‘stopper’ diikuti dengan sebutir ‘charm’. Patah semula wayar ke dalam ‘stopper’ dan penyekkan ‘stopper’ dengan player nose. Gunting lebihan wayar dengan ‘cutter’. Buatkan cara yang same kepada wayar kedua. Sekiranya, hajat dihati nak lebih juraian, so dari seutas wayar, kite guna 2 utas wayar. So, bila ikatkan manik2 tu nanti kite akan dapat 4 utas wayar di bahagian hujung siri bulatan manik tadi.
Slamat mencuba!







boleh saya tau tak…dekat mana yer nak beli manik pony…???
Reply this comment
akak,ada wat banyak2 ke sepit rambut tu..kalau da saya beminat nak beli sebab saya jual aksesori yang comel2 secara online.leh sms saya di 0129505060
Reply this comment
menarik la kak..boleh cuba ni..hehehee…
Reply this comment
imass Reply:
March 19th, 2009 at 11:04 pm
sari
cuba le akak mmg suka wat utk madihah
Reply this comment