You are here: Home // Rekaan, Teknik Sulaman Manik, Tips // Beads Embroidery: Bunga Pahar Bermanik

Beads Embroidery: Bunga Pahar Bermanik

As salam dan salam sejahtera sekali lagi,

Kali ni kite share sikit ape yg kite tgh buat sepanjang bulan May. Maklum sajelah.. by end of May dah start school holidays. Bila cuti skolah maknanye = kenduri kahwin. So, our family pun x terkecuali. Kali ni merupakan yg penghabisan, adik perempuan. Bak kate org, kalau nk buat majlis tu biarlah elok. Bajet sentiasa diutamakan, biar sederhana tapi elegant & tampak mewah. Sebab tulah ade kelas yang terpaksa dibatalkan due to heavy workload kat ofis, skolah dan kenduri ni..mohon maaf ye..nnti insya Allah lepas kenduri kite sambung kelas & aktviti manik2.

Now lets see.. Untuk buat bunga pahar, kite gunakan manik bulat (round rocailles) keluaran China. Kenapa? Kos laa..walaupun diri sendiri toke supplier manik MIYUKI Japan ltd co., tapi harap maklum sajelah..kos tinggi ooooo…

Antara bahan2 yang diperlukan adalah seperti gamba di bawah:

gambar 1.0 Alatan untuk mulakan projek Bunga Pahar – cutter, dawai (saiz 0.4), manik China

Cara membuatnye: (very simple)

1. Masukkan beads (manik) ke dalam dawai dan loopkan dia.

Seterusnya,

Gambar 2.0 Kelopak kecik Bunga pahar manik

2. Buat sebanyak 4x gelung bagi setiap kelopak. Saiz makin lama makin besa ye.

Gambar 3.0 Kelopak besar bunga pahar manik

3. Kemudian tambah 3 lagi kelopak saiz besar.. (ikut suka hati)

4. Cantumkan semuanya

Gambar 4.0 Pegang & cantumkan semua kelopak

5. Selepas cantumkan semua, kite tambah or enhance lagi design bunga manik pahar ni dengan tambahan 3x kelopak bunga besa.

Tips: Untuk memeriahkan pahar atas pelamin dan potong kos, buat bunga pahar yg kembang dan besa. So Insya allah 1) nampak meriah 2) mewah dan yg penting 3) bajet

Gambar 5.0 Bunga Pahar yg 3/4 siap.

6.  Bukakan semua kelopak dan..

Inilah bunga nye tapi belom siap sepenuhnya… saje menggayakan bunga ni..

Nanti bila dah dicombine dengan kelopak dip dan reben2..cantiklah ni (puji diri sendiri..kahkahhh)

Selamat mencuba ye!

Tags: , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.