Archive

Archive for the ‘seni jahitan’ Category

Pelancaran Video Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci

March 5th, 2010 Imass 6 comments

Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass

Ok seperti yang dijanjikan saya lancarkan video teknik asas sulaman manik dan labuci yang sekian lama tertangguh. InsyaAllah video ini berbaloi baloi jika dimiliki kerana hampir 100% merupakan teknik2 yang diajarkan semasa saya mengadakan kelas2 sulaman di seluruh negara.

Kepada yang takde masa dan memang susah dapat peluang utk join kelas saya dapatkan segera versi DVD dan IsnyAllah ianya bermanfaat.

KLIK IMEJ

video-tekni-kasas-sulaman-manik-dan-labuci

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Video Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci

March 3rd, 2010 Imass No comments

video-sulaman-1

video-sulaman-2

video-sulaman-3

video-sulaman-5

video-sulaman-5

Setelah sekian lama projek video ini menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyiapkannya dan akhirnya telah sampai ke fasa terakhir.

Saya cuma ingin maklumkan video ini akan dikeluarkan dalam versi DVD dan juga VCD. Sudah tentu harganya juga berbeza. Kita sedia maklum versi DVD lebih baik kerana boleh dimuatkan dalam sekeping DVD sahaja berbanding VCD iaitu 2 keping CD. Begitu juga dengan tahap kualiti paparan video versi DVD lebih baik.

Namun bukanlah versi VCD langsung tidak berkualiti cuma beza sikit jer. Samalah macam kita tonton movie yang kita beli tu.

Video ini mengandungi 20 teknik asas yang sulaman manik dan labuci dan dipecahkan mengikut setiap teknik. Jadi tak perlu tonton semua sekali gus. Kita bukannya nak tengok cerita tapi nak praktikkan apa yang saya ajarkan dalam video tu nanti.

Jadi mahirkan setiap satu teknik sebelum melangkah ke teknik seterusnya. Setiap teknik ada kesinambungannya antara teknik2 yang lain. Jadi pastikan anda tidak lompat2 teknik kerana mungkin hasilnya nanti tidak memuaskan.

Kepada yang sudah mahir mungkin boleh dijadikan rujukan dan tambah kemahiran. Tapi amat sesuai kepada beginner kerana teknik2 inilah yang akan digunakan untuk anda corakkan sendiri bentuk2 sulaman yang bakal anda ciptakan nanti.

Video ini mengandungi lebih dari satu jam dan diharap kepada yang memilikinya nanti dapat mempraktikkan dengan sabar. InsyaAllah semua akan menjadi mudah.

Kepada yang tidak berpeluang mengikuti kelas sulaman yang telah saya adakan sebelum ni atau pada masa akan datang boleh dapatkan video ini nanti untuk belajar sendiri di rumah so takde alasan lagi :)

Baiklah saya akan umumkan tarikh pelancaran dan harganya sedikit masa lagi.

Sekian

Imass

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Categories: seni jahitan Tags:

Senijahitan: Baju Kurung Sekolah Madihah

February 26th, 2010 Imass No comments

As salam,

Will be having kelas sulaman manik kat Kuala Terengganu tomorrow morning. Amik lah kesempatan ni nak update current project utk baju skolah madihah. Dah ade masa. Madihah dah naik darjah 1 tahun ni. Nak ngelakkan pening kepala memikir ulang alik tgh ari dan waktu keja yg x menentu, we both decided to enrolled her skolah private integrasi kat sek 7. Monthly lebih kurang RM400 ++ (termasuk tusyen with mualimahnye). Layan jele.. dari ulang alik x menentu..biarkan dia seharian suntuk kat skolah. Hasilnye, baju baru 1 bulan skolah dah mcm org keje kontrak! Pening tgk.. Tudung toksah cakap le.. mcm2 peta ade. Cap jari beruang ade, cari jari kucing ade.. hihiii..alahai.. darjah 1 lah katakan..

So, nak x nak, keneler jaitkan dia baju skolah (uniform) lain. Bukan x nak beli, yg belinye dah mcm belacan, so kene jugak jaitkan sebb ade je yg x kene ngan dia. Leher kecik la.. (x muat masuk pale, tiap2 pagi kene tarik bersusah payah! itupun dah size M). Amik saiz S kenit sgt, senteng! Madihah ni bole kira spesis tinggi. Cuma dah kurus kedengking.. diet! takut gemuk katenye.. (salah aku ke??? hhhmmmm..mak borek anak rintik ek?!)

Sebelum dtg Kuala Terengganu (KT), sempat lah meronda ke Nagoya, Plaza Alam Sentral (PAS). Dapat jugakle kain yg ala2 kale uniform skolahnye. Ni lah kain2 yg sebelum di potong. Untuk madihah, baju 2 meter, kain 2 meter will do.

bajuskul1Gamba 1.0 Kain Ela utk Baju Uniform

Sebelum ni manjang tunda je. X sempat nk kuar dr ofis. Balik dah mlm, penat.. layan anak tido, ngan kite2 skali hanyut! bangun2 terus dah jam 5pg. Laptop kadang2 tu x sempat digodek. “On” je sempat. Blog pun jadi sepi seketika. Banyak hal yg nak cerita – kisah trip ke KK, naik star cruise kat Melaka Town.. mcm2 story x sempat nak kongsi.. terkilan juga.

Back to the story. So yg ni bajunye dulu. Semuanya dah dipotong dan dijelujur bersama. Nak kasi dpt feel lah dulu.. (kononnn..)

bajuskul2Gamba 2.0 Kain utk Baju yg telah siap potong dan dijelujur leher

Yg ni bajunye. Leher dah siap tebuk dan di jelujur. Saje.. Nak kasi nampak kemas. Ini masa terlebih rajin le ni.. Next tgk bhgn tgn dan utk kaf.

bajuskul3Gamba 3.0 Bhgn Lengan & Kaf

Disebabkan skolahnye uniform ade kaf, so kenelah kite ikut. Kalau ikut malas, mmg nk buat lengan baju kurung biasa je. Ni pun kite besakan skit hujung nye supaya dapat gelembung lebih. Biar nampak skit. Yg sekarangnye baju, tgn kecik. Ni madihahnye komplen le.

bajuskul7Gamba 4.0 Hujung Tangan Baju Ber’Kaf’

Yg ni kalau pakai mgnifying glass sure nampak kekotoran sekeliling kaf tu. Kafnye sempoi. Xde le ropol2 sgt. Name pun baju skolah ek.. Nnti tgk hujung tgn baju yg baru ni nnti..

Then, potong utk bhgn kekek, pesak & poket. Baju berpoket ni jarang2 dibuat. Hopefully dah lama x buat ni menjadik la ye.. Tu yg kite jaitkan jelujur siap2. Nak tgk hasil dulu. Lagi satu, nape kite suka jelujur dulu sebb, nampak kemas dan senang nk tenyehkan atas mesin nnti. Mmg lah remeh. Tapi bab kekemasan kan. Dah alang2 buat, kasi le elok skit. Yg nak pakai pun anak sendiri. :P

bajuskul4

Gamba 5.0 Bahagian Berpoket

Pandangan dari jauh bhgn pesak dan kekek. Semua di jelujurkan. Senang cite. Lepas jelujur, lekat2kan bhgn ni semua, then tgk plak poket secara dekat. Saiz kebesaran/kepanjangn poket dlm sejengkal 3 suku le.

bajuskul6Gamba 6.0 Bahagian dalam poket (baju diterbalikkan)

Poket ni nnti kene le ingat mane satu bhgn nye. Coz bila bw pegi jait tepi, aunty nyonya tu x nak baju yg dah di lekat2 ni. Payah dia. Nasib kite xde mesin jait tepi. Kalau x dah lama ahkak jait sendiri. Ingatkan nak senangkan kejenye. Xpelah nyonya.. janji tepi ko nk jait.

So, insya allah lepas balik dr KT, kite sambung cite projek baju skolah ni ye..

Esok ade masa kite update cite trip ke KT. Moralnye same jauh ngan jarak ke Kota Bharu, Kelantan but the only difference is jalan raya nye much better.

Till next post.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Sulaman Manik & Labuci: Cth Bunga Sekuin (Saiz 20Sen)

January 20th, 2010 Imass No comments

As salam & greetings to all,

Lately masih spt biasa, bz ngan keje ofis sampai kene perli ngan office mate x sempat update blog. Ok, kite mengaku ye! i’d been lil bit ignorance towards my blog but still masih di dalam hati. Thanks to those yg masih lagi support this blog.

Orait, since cerita kelas on the spot kat IOI Boulevard dipaparkan, ramai yg bertanye macam mana nak jait bunga sekuin spt yang dibuat oleh K.Ann. Talking about K.Ann, hopefully she managed to finished the baju pengantin on time. Hopefully, design yg kite suggested will help her through.

So, tanpa membuang masa with the subject above refers. Untuk bunga sekuin kali ni, kite menggunakan syiling saiz 20 sen. Actually, asas nye same untuk membentuk kelopak bunga iaitu menggunakan teknik ‘Manik Bersayap (Wings of sequince)’. Cuma, apa yg lainnya disini, susunan kelopak bunga dibuat dari sequin yg berlainan saiz. Seperti yang K.Ann belaja aritu, teknik masih same cuma kali ni instead of 2 keping sequin, kite gunakan  3 keping sequin saiz 6mm jenis transparent kale merah, sequin saiz 4mm flat kale putih, manik MIYUKI 11/0 RR code 1006, 8 dan manik MIYUKI 11/0 hex code 26.

Sebelum start menyulam, pastikan semua manik yang dikehendaki dipilih dengan skema kale yg betul dan ketepikan. letakkan atas piring atau tutup tupperware supaya manik x lari merata-rata. Then, yg penting, lakarkan bulatan sebesar duit syiling 20 sen.

bungasequin1Gamba 1.0 Lakaran bulatan

Then, dari 1 bulatan kite bahagikan kepada pecahan 8 sama rata. Lepas tu, make a knot (simpulan) di bahagian belakang. Masa, dolu2 buat ni siap pakai pembaris nak bahagi sama rata nye  pasal. Tapi setakat ni, abaikan je. Tangan dah mmg sedia maklum.

Lepas tu, masukkan 4 butir manik MIYUKI 11/0 RR ke dalam benang, diikuti oleh sequin flat 4mm, curve 6mm dan jaitkan ke empat-empat penjuru.

bungasequin2 Gamba 2.0 Set 4 penjuru awal

Abiskan ke empat2 sudut. Then utk set 4 sudut yg lain kite, terpakai 11/0 round 2 butir, manik hexagon dan barulah jadi deretan sequin.bungasequin3

Gamba 3.0 Kelapan2 penjuru telah disiap di sulam

Yang kite nak ingatkan disini, bila tarik tu kene kuat dan kemas. Lihat cth penggunaan kale kat sini, kite purposely pilih kale2 garang dan kontra untuk memberi impak kepada bunga kat atas. Then, untuk membuat 2nd layer, kene ulang balik tapi kali ni dijait di antara lingaran bunga yang pertama. Meh tgk susunan sequinnya.

bungasequin4Gamba 4.0 Jahitan 4 penjuru.

Lastly, once finish inilah hasilnya. Kalau rajin, buka dan cuba wat banyak kali sampai mahir.

bungasequin5Gamba 5.0 Sekuntum Bunga Sequin

Tipsnya kat sini:

1. Pembahagian kene sama rata. Kalau x sama rata nnti sengetlah bunga.

2. Mula dari tengah dengan 1 simpulan

3. Tapak kene ade supaya bunga nampak kukuh

Hopefully, this will help kepada orang yg nak sulam bunga sequin.

Selamat mencuba!

4.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Categories: Tips, seni jahitan, teknik sulaman manik Tags:

Cara-cara Membuat Rumah Butang Baju Kurung

December 15th, 2009 Imass 2 comments

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Setelah lama menyepi dan membiarkan seni jahitan berdiam diri, masuklah musim “Projek Baju Sekolah sesi 2010″ . untuk projek kali ni, kite fokus kepada cara nak membuat rumah butang.

Untuk membuat rumah butang ni, x lah susah sgt. Yang ptgnya kene tau susunan susupan jarum ke dalam loop yang kite buat dan konsistan masa membuat susupan. Untuk itu, bagi memendekkan dan menyenangkan kepada yang ingin belajar, bole refer kepada video kat bwh.

Kot ade tersalah cakap ke tutur ke, harap maaf dan maklumlah ye.. hopefully ianya akan menjawap kepada permintaan2 berkenaan rumah butang.

Insya allah lepas ni kite akan tgk mcm mana nak jait butang ketip dan buat kaf.

Later..

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

PENGUMUMAN: KELAS SULAMAN MANIK KL, KLANG & IPOH (PERAK)

October 9th, 2009 Imass 9 comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekadar pengumuman ringkas berkenaan permintaan kelas sulaman manik yang akan diadakan di Ipoh, Perak.

Tarikh: 11 Oct 2009 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat:  R&B Homestay

r&BHomestay

4890, Jalan Atas Dua, Off Jln Delima 5, Batu 6, Tambun, 31150 Ulu Kinta, Perak


Untuk peta lokasi boleh rujuk gamba di bawah:

Peta-R&B-Homestay

KELAS SULAMAN MANIK & LABUCI DI KLANG, SELANGOR

Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas & Pertengahan

Tarikh: 18 Oct 2009 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat:  Kelas Tusyen Along

No 21, Jln Pemurah, 8A/KS 8, Tmn Johan Setia,  Johan Setia, Klang.

Bayaran: RM 100/seorang (maksimum 20 org)

Deposit: RM50

*Note: kepada yg berminat utk kelas ni bole email ke saya. tq Thx to zila yg sudi sponsor tempat. Orgnye pun pemurah spt name tempatnye.. :)

KELAS SULAMAN MANIK & LABUCI DI KL

Untuk kelas KL 25 Oct 2009 dah penuh. Tapi bole register once borang pendaftaram dibuka utk next coming kelas di KL iaitu on 15 Nov 2009.

Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas & Pertengahan

Tarikh: 15 November 2009 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang

Tempat:  Dewan Indonesia

City Villa Hotel, 69, Jalan Haji Hussein, Chow Kit, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan 50300

Bayaran: RM 100/seorang (maksimum 20 org)

Deposit: RM50


Terima kasih & harap maklum.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Categories: seni jahitan Tags:

Sulaman Manik & Labuci: Beadwork Done & WIP

August 20th, 2009 Imass 76 comments

Assalamualaikum & Salam sejahtera to all,

Bz skit ngan jadual kelas. Proses menyiapkan tempahan utk raya cuma akan start secara full gear masa bulan posa. So, segala urusan berkenaan kelas insya allah akan diteruskan selepas raya lah ye.

Untuk cuci mata seketika meh kite tgk recently beadwork done on baju2 customer.

sulamanmanik_stone1Figure 1.0 Baju K.Dah (Pandangan Hadapan)

sulamanmanik_stone2Figure 2.0 Baju K.Dah (Pandangan Hadapan- Close Up)

Teknik yg di applykan kat sini, tali air dengan melekatkan kristal bulat 12mm sebagai inti tengah bunga. Kemudian Read more…

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Peta Lokasi Kelas Sulaman Di UiTM Jengka Pahang

August 13th, 2009 Imass 2 comments

Salam dan selamat sejahtera,

Terima kasih kepada yang telah mendaftar untuk menyertai kelas sulamaan di UiTM Jengka Pahang. Terutama Nur Afzan yang bertungkus-lumus mendapatkan peserta. Saya sertakan peta tunjuk jalan untuk ke lokasi kelas sulaman yang akan diadakan pada 15 Ogos 2009 hari Sabtu.

lokasi-kelas-sulaman-pahang

Bermula dari pintu masuk UiTM terus ke kiri ke tempat parking. Nampak mesin ATM Bank Islam lalu ikut susur lorong kat situ dan bilik latihan sulaman berada di sebelah kanan.

Ok itu saja kita jumpa di sana nanti.

Sekian

Imass

PS: Terima kasih kepada yang tak putus-putus mendoakan kesihatan anak kecik saya yang dah semakin pulih.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Categories: seni jahitan Tags: