FAQ

Soalan1:
Saya berminat dalam sulaman manik dan labuci ini, bagaimana boleh saya mula walaupun saya tidak mempunyai asas?

Jawapan:
Sekiranya ada minat, ditambah dengan kesungguhan untuk belajar, anda boleh bermula belajar dari buku atau secara interaktif (dari laman web). Pada masa kini, kebanyakan beaders menawarkan tutorial online secara percuma. Kemudian, bina keyakinan diri dengan menajamkan kemahiran yang ada dengan belajar dari tenaga pengajar yang berlainan. Yang pentingnya, anda mendapat latihan teknik sulaman yang betul.

Soalan 2:
Saya sudah menghadiri pelbagai kelas sulaman manik dan labuci. Apakah yang membezakan kursus ini dari kursus/kelas sulaman manik yang ada di tawarkan sekarang?

Jawapan:
Setiap kursus dan tenaga pengajar ada cara penyampaian mereka tersendiri. Mungkin yang disampaikan didalam kelas saya tidak terdapat di dalam kelas Si Polan. Tetapi apa yang dapat saya janjikan adalah untukmemberi dan berkongsi bersama segala tips, pelbagai kombinasi rekaan yang pernah dibuat, teknik yang betul disokong oleh pengetahuan selama 10 di dalam dunia sulaman ini. Akan tetapi, tidak menjadi halangan pada mereka yang merasa bahawa mereka sudah mahir dengan asas untuk menghadiri kelas saya cuma perhatikan analogi seperti berikut. Kebanyakan wanita boleh dikatakan tahu membuat kek coklat dan bahan-bahan asasnya tentulah tepung, serbuk coklat, mentega atau butter, telur dan gula. Tetapi apa yang membuatkan rasa kek coklat itu berbeza walau pun bahan yang kita gunakan sama, sudah tentulah cara atau teknik membuatnya. Sudah tentu ada perbezaan, seperti cara kaup balik adunan atau cara memukul mentega sehingga kembang akan mempengaruhi rasa kek coklat anda itu. Kesimpulannya, walaupun nama teknik atau cara adalah sama tetapi cara mempratikkannya berbeza.

Soalan 3:
Saya hendak menghadiri kelas Sulaman Manik dan labuci anjuran imass cuma saya punyai pelbagai masalah untuk menghadirinya seperti jauh, tiada orang jaga anak-anak, tiada duit yang mencukupi, tiada kenderaan, tiada masa untuk peruntukkan seharian belajar, dsb-nya, bagaimana ya?

Jawapan:
Buat pengetahuan semua, selain dari menghadiri kelas-kelas anjuran senijahitan.com secara fizikal, peminat dunia sulaman manik dan labuci juga boleh mendapatkan pelajaran secara percuma yang dihantar secara berkala iaitu tiga (3) hari sekali menerusi langganan percuma dari blog. Selain itu, peminat yang melanggan pelajaran percuma juga akan dibekalkandengan sebuah buku digital percuma bertajuk “TEKNIK ASAS SULAMAN MANIK LABUCI: SIRI 1”. Buku digital ini mengandungi lapan (8) teknik asas dan satu lakaran template (salah satu daripanda koleksi rekaan imass) sebagailatihan lengkap. Pilihan lain, pihak senijahitan.com juga telah mengeluarkan 1 dvd kompilasi “TEKNIK ASAS SULAMAN MANIK & LABUCI”. Sasaran dvd ini adalah  kepada mereka yang mempunyai masalah seperti diatas. Dvd ini juga berfungsi sebagai rujukan masa akan datang. Oleh itu, tiada masalah bagi mereka yang tidak dapat menghadirkan diri, hanya menerusi email atau sms kepada pihak senijahitan.com dan anda boleh mula menyulam!

Soalan 4:
Saya hendak tanya sikit, kenapa harga yuran kelas si dia ni mahal/murah berbanding dengan senijahitan.com?

Jawapan:
untuk pengetahuan, tiada had atau penetapan tetap yuran kursus ataupun kelas yang diletakkan oleh sesetengah tenaga pengajar cum beaders. Ianya terpulang kepada tenaga pengajar itu sendiri untuk menggariskan yuran masing-masing. Tetapi, ada beberapa faktor boleh diambil sebagai rujukan mahupun garis panduan dalam penetapan caj yuran seperti lokasi, kepakaran, nama (brand) beaders tersebut, kualiti penyampaian, isi kandungan kursus dan pengalaman beaders itu sendiri. Oleh itu terpulang kepada para pelanggan itu sendiri untuk membuat pilihan. Tepuk dada tanya selera dan objektif pencarian ilmu anda!

Soalan 5:

Adakah kelas ini hanya diadakan sehari sahaja atau berperingkat-peringkat?

Jawapan:
Setiap kursus yang dianjurkan oleh pihak senijahitan.com diadakan dalam masa satu (1) hari samada pada hari Sabtu atau Ahad. Masa kursus bermula dari jam 8.30pagi sehingga 5.30petang. Sekiranya terdapat permintaan dari pihak tertentu disekitar Shah Alam atau Klang untuk mengadakan secara berperingkat pada hari Jumaat, ianya akan dipertimbangkan (untuk kawasan sekitar Selangor sahaja). Bagi kawasan luar Selangor, kursus akan dijalankan seperti masa yang telah ditetapkan diatas.

Soalan 6:
Mampukah sesoarang yang tidak berpengalaman seperti saya untuk mempelajari kesemua teknik didalam silibus dalam masa satu hari?

Jawapan:
Setiap teknik yang dirangka dalam kandungan silibus kursus diolah khasuntuk mereka yang baru dan tanpa asas sulaman. Cara/teknik penyampaian yang mengutamakan konsep fokus, one-to-one coaching dan mesradiaplikasikan agar para peserta tidak kekok ketika sesi praktikal. Selain itu,tips tambahan untuk setiap teknik dan idea kombinasi rekaan diberikan sebagai BONUS bagi mengukuhkan pemahaman para peserta. InsyaAllah, pihak senijahitan.com akan sentiasa memperbaiki dan memberikan segala yang mampu.

Soalan 7:
Bagaimana saya boleh menjana pendapatan sampingan dengan kemahiran dalam seni sulaman manik dan labuci ini?

Jawapan:
Terdapat pelbagai cara untuk menjana pendapatan sampingan. Seni sulaman manik dan labuci adalah salah satu kaedah seni/hobi yang boleh menolong menjana wang sambilan. Mulakan dengan baju sendiri. Dengan ini secara langsung anda akan menjadi model dan memperagakan hasil sulaman yang telah dibuat. Ini merupakan strategi pemasaran yang paling murah dansenang. Selain itu, anda boleh memaparkan hasil sulaman menerusi laman web percuma seperti blogspot.com, fotopages.com dan sebagainya. Mulakan langkah menjengah ke butik2 di tempat sekitar kediaman anda dan jangan lupa menunjukkan hasil kerja tangan anda sendiri.

Soalan 8:
Bagaimana saya tahu pilihan warna saya adalah bersesuaian dengan rekaan yang diminta pelanggan?

Jawapan:
Terdapat pelbagai konsep warna seperti dari kelompok komplementari,analogousmonochromatic dan triadic yang menunjukkan mood si pemakai. Pilihan warna yang menarik serta bersesuaian dengan konsep acara yang bakal dihadiri pemakai harus sesuai dan boleh menaikkan seri pemakai. Selain itu, padanan warna terhadap wajahkulitbentuk badandan personality pemakai juga harus dititikberatkan. Dapatkan perincian konsep dan warna kegemaran si pelanggan sebelum anda menyulam kerana lain pelanggan lain citarasa mereka. Mungkin pada mata kite warna itu tidak sesuai tetapi ianya amat digemari oleh pelanggan. Dengan cara ini juga dapat mengelakkan kesilapanmenjimatkan masa serta kos sulaman.

Soalan 9:
Saya boleh menyulam dengan baik. Masalah saya adalah untuk menghasilkan satu rekaan yang menepati citarasa pelanggan. Apa cadangan puan?

Jawapan:
Bagi seseorang yang suka melukis, luahan idea sebelum memulakan proses sulaman mungkin kurang masalah berbanding dengan mereka yang jarang melukis. Untuk itu, disarankan agar anda jadikan melukis sebagai hobi sampingan. Ianya bukan sahaja menajamkan kemahiran melakar anda malah melatih fikiran kita menjadi lebih kreatif. Cuba latih diri anda dengan melakar corak atau contoh rekaan sedia ada dan kemudian dipertingkatkan dengan sedikit perubahan dari idea asal. Simpan lakaran tersebut dan jadikan sebagai rujukan masa akan datang. Antara lain, cubalaburkan sedikit duit pada setiap bulan untuk membeli majalah kegemaran anda yang mempunyai koleksi sulaman terkini. Amati rekaan tersebut dan catitkan teknik-teknik dan warna yang anda rasa digunakan untuk menghasilkan corak rekaan tersebut. Koleksi catatan anda akan menjadi satu pengkalan data yang berguna dimasa anda memerlukannya!

Soalan 10:
Apakah jenis bahan yang boleh saya gunakan diatas rekaan saya dan bagaimana untuk saya memilihnya?

Jawapan:
Apabila memilih bahan yang akan anda gunakan, sentiasa rujuk jenis fabrikbakal anda sulam. Pastikan bahan yang dipilih menepati bajet, konsep dan paling utama adalah keperluan pelanggan itu sendiri. Pelbagai jenis batu-batuan samada tiruan atau asli, sekuin, manik kaca, mutiara dan sebagainya boleh digunakan asalkan ianya mempunyai lubang untuk disulam ke atas baju. Kadang-kala bahan yang murah akan memberikan efek yang sama dengan barang yang mahal. Maka, pastikan anda tanya pelanggan terlebih dahulu samada kualiti sesuatu bahan penting kepada mereka atau tidak. Pastikan anda tidak lari dari konsep asal.

Selamat mencuba!

8 Responses to " FAQ "

  1. Imass says:

    ashaniza,

    insya allah if ade rezeki kite akan jumpa. bole contact di 0166197488

    Reply this comment

  2. ashaniza says:

    Saya nak tanya kelas menjahit manik bila akan di buat sekitar kawasan utara seperti parit buntar, nibong tebal? Mcmana nk contact IMASS ni ya untuk sebarang pertanyaan. TQ

    Reply this comment

  3. Imass says:

    ina

    kelas di KL pada 3 Oktober ye. harap maklum.

    Reply this comment

  4. ina says:

    Bila akan diadakan kelas lagi selepas raya ni

    Reply this comment

  5. Imass says:

    nurnaterah

    bole contact kite at 0166197488. setakat arini tiada lagi kelas kat ipoh.. insya allah akan diberitahu pada masa akan dtg

    Reply this comment

  6. Imass says:

    mila,

    tgh aturkan insya allah.. kalau x keberatan bole sms no fon ke 0166197488, kalau ade kite akan inform

    Reply this comment

  7. Saya nak tanya kelas asas menjahit manik bila akan di buat sekitar kawasan Manjung atau Ipoh, Perak? Mcmana nk contact IMASS ni ya untuk sebarang pertanyaan. TQ

    Reply this comment

  8. MILA says:

    SAYA NAK TANYA TAKDE KE KELAS ASAS MENJAHIT MANIK BUAT KT KAWASAN KLANG,SELANGOR

    Reply this comment

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.