.
Home > info > JADUAL KELAS SULAMAN MANIK & LABUCI: SEMENANJUNG & SABAH

JADUAL KELAS SULAMAN MANIK & LABUCI: SEMENANJUNG & SABAH

Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass

Perkara diatas adalah dirujuk. Berikut adalah senarai jadual kelas-kelas sulaman manik & labuci yang akan diadakan di sekitar semenanjung Malaysia dan Sabah.

Sila lihat jadual dibawah:

1. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Advance Level

Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Masjid Tanah, Melaka

Bayaran: RM 150/seorang (terhad kepada 5 orang sahaja)

Kelas ini adalah sambungan kepada kelas asas/pertengahan. Kepada yang berminat, anda dijemput untuk menyertai kelas ini.

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 10 teknik advance sulaman manik & labuci;
  2. Sulaman pelbagai dimensi sekuin;
  3. Cara padanan warna fabrik dengan manik & labuci secara tun;
  4. Cara pemindahan rekaan secara praktikal (hands on); dan
  5. Cara kombinasi teknik (asas, pertengahan & advance) menggunakan manik, sequin, kristal dan batu-batuan.

Syarat-Syaratnya :

  • Peserta haruslah mempunyai Asas Teknik Sulaman Manik Labuci,  ATAU
  • Pernah menghadiri kelas Sulaman Manik & Labuci yang dinajurkan oleh senijahitan.com, ATAU
  • Telah mendaftar (registered) dan memuat turun buku digital “TEKNIK ASAS SULAMAN MANIK & LABUCI”
  • Peserta menyediakan sepasang baju kurung polos untuk proses pembelajaran nanti.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, manik, sequin, kristal & sebagainye
  • Makanan & minuman

* Nota: Setiap peserta akan diberikan 1 sample rekaan. Peserta akan menyulam rekaan tersebut ke atas baju masing-masing dari A-Z. Pengajar akan monitor secara 1-1 sepanjang proses pembelajaran. Peserta akan diberi peluang menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan menentukan sendiri gabungan teknik yang akan disulam ke atas baju.

**********************

2. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas

Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi – 12 tengahari

Tempat: Surau Al-Muhajirin SU3

Bayaran: RM 50/seorang

Kelas ini adalah terbuka kepada semua surirumah atau sesiapa sahaja yang ingin melangkah pertama kali ke dunia sulaman manik & labuci. Kepada yang ingin mengingati semula teknik-teknik yang telah dipelajari, kelas ini boleh dijadikan sebagai ‘refresher class’, kehadiran anda adalah dialu-alukan.  Butir-butir kelas adalah seperti dibawah:

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 10 teknik asas sulaman manik & labuci;
  2. Asas padanan warna, manik dan fabrik;
  3. Asas pemindahan rekaan ke atas fabrik; dan
  4. Asas melakar rekaan ke atas fabrik.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, kain, manik & sequin
  • Makanan ringan & minuman

* Nota: Keterangan lanjut boleh hubungi Pn. Mazrina (N66S4)  017-6112464  atau Pn. Emma (N31S4)  013-2689990 . Sila bawa baju kegemaran anda untuk mendapatkan konsultansi percuma di akhir sesi kelas.

************************

3. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas & Pertengahan

Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Kuala Lipis, Pahang

Bayaran: RM 100/seorang (terhad kepada 10 orang sahaja)

Kelas ini adalah terbuka kepada yang berminat untuk menjadikan hobi sulaman manik kepada satu pendapatan sampingan yang lumayan. Butir-butir kelas adalah seperti dibawah:

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 20 teknik asas & pertengahan sulaman manik & labuci;
  2. Asas padanan warna, manik dan fabrik;
  3. Asas pemindahan rekaan ke atas fabrik; dan
  4. Asas melakar rekaan ke atas fabrik.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, kain, manik & sequin
  • Makanan ringan & minuman

* Nota: Sila bawa baju kegemaran anda untuk mendapatkan konsultansi percuma di akhir sesi kelas. Details tempat akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

*************************

4. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas & Pertengahan

Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Sandakan, Sabah

Bayaran: RM 200/seorang (terhad kepada 20 orang sahaja)

Kelas ini adalah terbuka kepada yang berminat untuk menjadikan hobi sulaman manik kepada satu pendapatan sampingan yang lumayan. Butir-butir kelas adalah seperti dibawah:

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 20 teknik asas & pertengahan sulaman manik & labuci;
  2. Asas padanan warna, manik dan fabrik;
  3. Asas pemindahan rekaan ke atas fabrik; dan
  4. Asas melakar rekaan ke atas fabrik.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, kain, manik & sequin
  • Makanan ringan & minuman

* Nota: Sila bawa baju kegemaran anda untuk mendapatkan konsultansi percuma di akhir sesi kelas. Details tempat akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

*************************

Sebarang pertanyaan boleh email ke imass@senijahitan.com atau sms ke  016 6197488.

Harap  maklum.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

  1. mawarni
    August 11th, 2009 at 09:44 | #1

    slm kak,
    Berharap sangat klu kak dpt buat di KK, klu buat kat KK tlg hubungi sy di no. ini k, sy nak join..TQ (0165883570/0198108069)

    Reply this comment

    Imass Reply:

    mawarni

    insya allah

    Reply this comment

  2. July 30th, 2009 at 11:22 | #2

    assalammualaikum, Imass tak mau ka / teringin nak buat kelas dekat area utara ni.. especially area singai petani/alor star ke? mesti ramai yang berminat nak join kelas… tengok kan cadangan saya ni.. saya gerenti nak join.Wassalam.

    Reply this comment

    Imass Reply:

    suhainy

    waalaikumussalam, insya allah akan diusahakan

    Reply this comment

    Dancy Reply:

    Interested jugak nak join ….esp kalau buat kat Sg Petani . Hope u can make it ……Insyaallah

    Reply this comment

  3. Nor
    July 24th, 2009 at 14:23 | #3

    Pn.Imass nanti contact saya ya…jika buat di KK Sabah ya…

    Reply this comment

    Imass Reply:

    nor

    insya allah emailkan no contact u

    Reply this comment

  4. July 21st, 2009 at 10:55 | #4

    Assalamualaikum kak imas, boleh tak kak imas datang ke brunei mengadakan kelas jahitan manik dan labucci kat brunei sebab di brunei tidak ada kelas jahitan manik dan labucci, sekian terima kasih dan sampai jumpa.

    Reply this comment

    Imass Reply:

    batrisyia

    waalaikumussalam, insya allah kene plan betul. kene tolong akak le carikan tmpt dan participants nye. ape2 hal contact akak ye

    Reply this comment

  5. kia
    July 19th, 2009 at 18:20 | #5

    Salam dari Sabah. Hrp hubungi saya jika buat kelas di Kota Kinabalu ok. Kalau saya anjur bulan puasa ok tak? Buat kat rumas saya je..so jimat kos. Maybe utk 5 org?

    Reply this comment

    Imass Reply:

    kia

    kene tgk condition. nnti contact akak 0166197488

    Reply this comment

  6. azue
    July 16th, 2009 at 12:01 | #6

    salam. akak saya berminat nak belajar. tapi tak berapa pandai. kalau akak ada buat class asas & ptengahan kat melaka nanti akak boleh tak akak emel saya kat mana tempat dan masa boleh saya join.

    Reply this comment

    Imass Reply:

    azue

    kelas setiap kali akak balik kg bole je dtg join.

    Reply this comment

  7. ayuni
    July 16th, 2009 at 09:17 | #7

    Salam…

    Kak, kls di tampin confem x…
    Ble tu…
    Teringin nk join..
    TQ

    Reply this comment

    Imass Reply:

    ayuni

    kelas kat tampin kene tunggu org tampin invite. insya allah.

    Reply this comment

  8. Saidatul
    July 10th, 2009 at 20:34 | #8

    Assalamualaikum,
    Kalau buat klas kat area Pasir Gudang, Masai, bagitau le. Akak teringin sgt nak belajar, x pernah pun jahit manik.
    Tak boleh download la e-book yang percuma tu, cuba cek kenapa tak boleh-boleh dah 2 ari akak cuba,terima kasih.

    Reply this comment

    Imass Reply:

    sis saidatul

    insya allah. aritu ade masalah server. tapi ni dah ok cuba sklai lagi.

    Reply this comment

  9. ayu
    July 6th, 2009 at 22:41 | #9

    akak takde wat kat bt pahat ke??

    Reply this comment

    Imass Reply:

    ayu

    insya allah will consider

    Reply this comment

  10. Besty
    July 5th, 2009 at 14:44 | #10

    Minat sgt nak join kelas akak tapi nape buat di Sandakan saja… Kat KK akak tak nak buat ke?

    Reply this comment

    Imass Reply:

    besty

    sandakan coz kawan yg uruskan. kalau x de sambutan then mungkin akak ubah ke tarikh lain. insya allah Kk coming soon

    Reply this comment

  1. No trackbacks yet.