You are here: Home // Info // PeMANIK: Ape Dia “Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran M’sia”?

PeMANIK: Ape Dia “Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran M’sia”?

As salam & salam sejahtera to all beading fans out there.

Sepertimana dalam n3 sebelum ni, pihak senijahitan.com ade memaparkan posting pasal tajuk kat atas. Ramai yg konfius ape mende kursus ni all about. So kali ni kite akan jawap secara layman supaya ianya x menjadi isu di kemudian hari ye.

as we all knew, kite ade Ministry of Human Resources (Kementerian Sumber Manusia). Dibawah kementerian ni dia ade 1 department khas yang mengiktirafkan beberapa bidang kemahiran sebagai salah satu inisiatif menjaga pekerja2 yg berkemahiran seperti welder, pereka fesyen dan lain2. Department ni dikenali sebagai Department of Skills Development (Jabatan Pembangunan Kemahiran, JPK).

Apa fungsi JPK ni? Fungsinya:

1. menilai atau mengkaji keperluan keperluan latihan nasional

2. melaksanakan program2 latihan persijilan peringkat nasional (mengikut bidang yg telah disenaraikan)

3. mempromosikan sistem latihan kemahiran

4. membantu meningkat kemahiran individu (ini yang antara PeMANIK cuba buat menerusi kursus induksi RM350 ni..)

5. membangunkan, meluluskan dan mempertingkatkan lagi standards2 kemahiran nasional

6. memimpin atau memandu proses pembelajaran/ penyelidikan kemahiran (ikut bidang2 yg ditetapkan)

Bawah JPK ade beberapa divisyen antaranye Expertise Development Division. So divisyen inilah yg bertanggungjawap untuk memberi pertauliahan kepada personel (maksudnye pekerja) bidang2 kemahiran yang telah ditetapkan oleh kementerian.

Bagaimana JPK nak melaksanakan fungsi2 yg telah disenaraikan tu? Antara inisiatif JPK adalah dengan memberi pertauliahan kepada Training2 Centre (Cth sperti Akedemi ABC, IFTC, FTIMDC), Syarikat2 persendirian (SME Aerospace Sdn Bhd) atau Individu2 yang telah mejalani latihan dr JPK and diberi pengiktirafan sebagai pakar (cth Pn Syahida dr Akademi Sri Sulaman).

Untuk mendapat pengiktirafan seperti itu, PeMANIk menerusi bantuan syarikat (yang telah diiktirafkan sebagai panel JPK) berjaya mendapatkan satu slot latihan induksi untuk para ahli2nya. Tenaga pengajar plak dari CIAST sepertimana yg telah ditetapkan oleh JPK. Sila refer link http://www.nvtc.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=84&Itemid=91&lang=en

atau gamba dibawah

Pic A: Snapshot dari Laman JPK

Kenapa dan untuk ape Latihan Indusksi ni? Ape yang penting sgt latihan ni?

Jawapannye:

1. PeMANIK sebagai platform untuk para ahli pergi jauh lagi dan decide sendiri ape arah tuju individu masing2 bagi meningkatkan lagi pendapatan sendiri atau keluarga.

2. Untuk memberi pendedahan kepada para ahli PeMANIK (khususnya) bahawa bidang Sulaman Manik Labuci adalah satu bidang kemahiran yang boleh diketengahkan.

3. Untuk membuka minda beader2 supaya beaders semua tahu apa ‘NEXT STEP” yang perlu diambil bagi mempertingkatkan lagi kemahiran yg telah ade.

Mortal of the Story, lepas ikut kursus Latihan Indusksi ni, para beaders bole decide sendiri apa yg uols nak buat seperti cthnya:

1. Nak amik kursus menjahit pakaian (since PeMANIK x sediakan kursus jahitan pakaian, so para ahli boleh la pergi kpd akademi2 atau butik2 jahitan yg telah mendapat pengiktirafkan JPK dan amik kursus2 pilihan hati masing2 seperti kursus jait baju tahap 1, 2, 3 bla bla..) atau

2. Nak registerkan diri sendiri sebagai pakar dibawah bidang2 JPK seperti Cef, Pereka fesyen etc (untuk itu kenallah tahu ape bidang2 yg telah di senaraikan oleh JPK. dalam kursus nnti tenaga pengajar dr CIAST akan kasi tau ape bidang2 nye)

dan lain2 cabang jalan yang boleh para ahli amik…

Untuk itu, sila lihat kandungan kursus latihan induksi ni.. then TEPUK DADA, TANYELAH SELERA MASING2…

Pic 1.0 Muka Depan kandungan Kursus

Pic 2.0 Table of Content

Pic 3.0 Kandungan silibus hari pertama

Pic 4.0 Kandungan Kursus Hari ke 2

Selepas habis kursus ari ke 2, para peserta akan diberi SIJIL dengan cop JPK dibawah Kementerian Sumber Manusia. SIJIL ini akan memberi laluan kepada para peserta untuk menjalani latihan2/ kursus2 tahap seterusnya yang disediakan oleh akademi2, syarikat2 yang telah diiktirafkan oleh JPK tadi.

So, same2lah kite REBUT peluang ni dan menaiktarafkan diri serta kemahiran kite ke next level…Insya Allah..

Wassalam.

3 Responses to " PeMANIK: Ape Dia “Kursus Induksi Pentauliahan Persijilan Kemahiran M’sia”? "

  1. Imass says:

    Jamuna & Saadiah

    We had proceed with 1 class for our ahli PEMANIK. FYI, will keep up updated with any new class.

    Reply this comment

  2. Jamuna says:

    Mana tempatnya dan tarikh kursus ini di adakan. Kursus ini ada bayaran ke?

    Reply this comment

  3. saadiah says:

    kat mana kusus induksi ini diadakan dan jadual masa khusus

    Reply this comment

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.