Rahsia Kejayaan
Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass
Saya ada menerima beberapa emel pertanyaan bagaimana nak mulakan perniagaan menggunakan internet sepertimana yang saya lakukan sekarang.
Ada di antara kita yang mempunyai pelbagai kemahiran selain dari menjahit manik tapi bagaimana nak mulakannya menerusi internet tapi takde asasnya.
Sepertimana yang kita tahu pasaran menerusi internet di Malaysia masih lagi di peringkat permulaan dan mula membuka mata pelbagai pihak. Situasi ini amat berbeza di luar negara kerana mereka telah lama menggunakan internet sebagai tapak perniagaan mereka.
Kita dapat lihat syarikat2 gergasi pemasaran internet seperti Amazon dan Ebay. Mereka bukan sahaja menjual produk fizikal malah produk digital juga tidak terkecuali.
Inilah peluang yang saya nampak dan dengan kemahiran sebagai seorang beader saya tidak melepaskan peluang ini tanpa menoleh kebelakang lagi.
Memulakan perniagaan di internet tidak memerlukan kos yang besar sekiranya berlaku kerugian nilainya amatlah kecil berbanding berniaga di alam nyata. Kerana sewa sesebuah hosting amatlah murah untuk menempatkan laman web atau blog sekitar bawah RM100 untuk setahun.
Jadi saya menggunakan blog sebagai langkah pertama untuk mendampingi bakal pelanggan dan memberi tunjuk ajar ilmu yang berguna kepada mereka. Hari ini saya menerima ribuan prospek yang merupakan bakal pelanggan saya dalam masa hanya satu hari.
Baiklah kalau anda nak tahu inilah rahsia saya membina blog senijahitan yang anda lihat sekarang ini telah berusia baru setahun lebih tapi dah banyak memberikan tambahan rezeki kepada saya. Membina blog tidak susah sekiranya ada panduan yang lengkap serta langkah demi langkah.
Terus terang saya katakan perniagaan yang saya lakukan sekarang ini 100% menggunakan blog untuk mendapatkan pelanggan tanpa perlu mengeluarkan modal beribu ringgit. Sekiranya berminat ingin menggunakan blog untuk bantu kembangkan perniagaan anda boleh dapatkannya dari saya sekarang.
Klik pada imej di atas untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Pakej Kit Blogger. Sebarang tempahan boleh dibuat di web tersebut dan saya harapkan semua persoalan akan terjawab tentang bagaimana dan di mana nak mulakan perniagaan internet anda.






tee,
alhamdulillah, ilmu Nya kalau x share nak bawa ke dlm kubur pun x bole, at least bila share ade yg sudi doakan or sebut2 dikemudian hari kan?
Reply this comment
bagus la k.imass ni…org kata apa, tak kedekut ilmu…semua leh share.tee nk ucapkan berbanyak tima kasih sal banyak dapat ilmu dari web k.imass ni…
Reply this comment