As salam & greetings to all,
Seperti yang dijanjikan sebelum ni, satu kolaborasi antara pihak senijahitan.com dan tenaga pengejar dari International Fashion Training Centre (IFTC), Kuala Lumpur – Cik Nik Maznah Nik Yusoff akan diadakan untuk tajuk bengkel spt di atas.
Tujuan kolaborasi ni adalah untuk menyediakan satu platform kepada peminat2 dunia sulaman manik dan labuci ke satu arah konsep pembelajaran total dalam persediaan menjadi seorang beader samada secara professional atau amatur. Silibus bengkel dirangka khas supaya ianya merangkumi satu value chain lengkap proses pembelajaran menyiapakan satu hasil sulaman iatu dari cara bagaimana lakaran dibuat sehinggalah pemilihan bahan sulaman untuk diaplikasikan ke atas baju siap.
Untuk itu, kepada yang berminat menempah tempat bole email kepada kami imassbeads@gmail.com atau kelasbe@gmail.com. Keterangan lanjut untuk bengkel sila click sini – BENGKEL, utk profil tenaga pengajar bole di baca kat bawah ni ye..
PROFIL – NIK MAZNAH NIK YUSOFF
Beliau memulakan kerjaya sebagai Junior Draughtperson selama empat (4) tahun bermula dari 1984 di dalam bidang Graphic/Interior Design di Dienviro Design Centre, Petaling Jaya, Selangor.
April 1989, beliau ditawarkan mengikuti satu kursus ”Asas Pemotongan Fesyen Pakaian” selama tiga (3) bulan oleh pihak International Fashion Training Centre (IFTC). Sejak itu, beliau tidak menoleh ke belakang dan meneruskan kerjaya di dalam bidang fesyen sebagai Batik Designer (Chanting) seterusnya meneruskan kursus penuh Rekaan Fesyen sehingga 1990.
Memulakan kerjaya sebagai tenaga pengajar di International Fashion Training Centre (IFTC) pada tahun 1991 sehingga 2006. Sepanjang lima belas (15) tahun mengajar, beliau pernah dihantar berkursus ”The Secret of Paris Fashion” selama sebulan di Milan, Paris pada Ogos – September, 1992.
Berhijrah ke Kuwait pada tahun 2006 untuk mencari pengalaman sebagai Pereka Fesyen dan diterima bekerja di Asiah Atelia, Salmiyah dan Lovely Fashion, Hawally, Kuwait.
Seterusnya pada tahun 2007-2008, beliau diberi kepercayaan sebagai Accessories Designer di tiga (3) buah butik barang perhiasan wanita oleh Anisa Atelia, Saah Salim , Mahera Atelia, Sabah Salim dan juga di Via Rama Atelia, Fahaeel, Kuwait.
Beliau kembali semula ke Malaysia pada March, 2008 dan mula bekerja sebagai Freelance Designer bersama Dato’ Tom Abang Saufi sempena Kuala Lumpur Fashion Festival dan Dubai Fashion Week.
Antara butik tempatan yang pernah mendapatkan khidmat beliau adalah Maya Studio, Asiana Silk, Butik Tenun, Diana Batik, Rouhel@Collection, Warisan Klasik dan banyak lagi.
Pencapaian tertinggi beliau pernah dianugerahkan Best Illustration, Best Cutting, Honorable Mention for Casual Batik Dress.
HASIL REKAAN






jamuna
with god’s will..i will inform u nnti. by d way..specific class on crumble tu xde lah..but with ur existing knowledge, u able to do it..jgn x cuba..
Reply this comment
Hi Intan
Bila benkel melakar dan pemilihan warna akan diadakan sekali lagi..I sangat berminat nak join kelas ini. Dan adakan kelas crumble akan diadakan di ipoh.
Reply this comment
bagaimana pula dengan benkel melakar dan pemilihan warna bila kursus itu akan diadakan dan adakah ianya sekali dengan bengkel sulaman manik yg seperti yg diterangkan diatas??
Reply this comment
rose,
utk kerawang xde kite sediakan tapi utk kelas 3d insya allah akan diusahakan kelasnye.
Reply this comment
saya perlukan butir2 bengkel diadakan dan jenis2 kursus yg ditawarkan tapi saya amat berminat untuk mengikuti bengkel sulaman kerawang mahupun manik 3d
Reply this comment
siti
bole click kat gamba banner atas hujung belah kanan wane biru, isikan borang or contact 0169702324
Reply this comment
saya berminat untuk mengikuti kelas sulaman yg bertarikh 3/4/11.saya dr Kuching Sarawak.macam mana nak register?
Reply this comment
rashidah bibi,
tunggu kite announce ye – coz tenaga pengajar bab lakaran tgh sibuk ngan MIFA
Reply this comment
i berminat nak joint kelas ni..i dah belajar basic..mcm mana nak register utk kelas advance…
Reply this comment
mardiana,
its a dvd – harga rm97 + caj kos hantar rm3.50
Reply this comment