You are here: Home // Teknik Sulaman Manik, Tips // Sulaman Manik Labuci: Cara Melekatkan Hot Fix Stone (HFS)

Sulaman Manik Labuci: Cara Melekatkan Hot Fix Stone (HFS)

Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass

Assalamualaikum & salam sejahtera to all,

Last n3 kite dah tengok samples on penggunaan HFS pada tudung. So kali ni kite tgk in detail cara nak melekatkan pulak.

HFS ade pelbagai jenis dan pelbagai bentuk. Terpulang pada citarasa dan rekaan masing2. Untuk mengetahui samada HFS itu jenis kualiti tinggi atau tidak, satu cara dengan melihat bhgn belakangnye. Kalau belakangnye kale kelabu then jenis high kualiti. Then tengok cutting. Same cam berlian jugak. Makin banyak cutting nye makin tinggi kilauannye.

Next, kite terus tgk camne nak melekatkan HFS pada tudung lycra:

Langkah 1: Sediakan bahan penting seperti pin (untuk melekatkan baju atas ironing board supaya x lari), pen mudah padam (untuk melakarkan corak/rekaan), pilihan HFS (warna & bentuk ikut suka) dan yg ptg skali pakaian/tudung yg hendak dibegakan.

lycra1

Gamba 1.0 Peralatan/Bahan2

Langkah 2: Tandakan bahagian tengah tudung supaya kite akan dapat rekaan yang seimbang. dan mula membuat lakaran.

lycra2

Gamba 2.0 (a) Penanda

lycra4

Gamba 2.0 (b) Lakaran yang telah dibuat ke atas tudung lycra

Langkah 3: Pinkan tudung di atas ironing board supaya ianya tidak bergerak.

lycra3

Gamba 3.0 Tudung yang telah dipin

Langkah 4: Kemudian taburkan HFS dan gunakan sebatang pin untuk menggerakkan HFS ke atas rekaan.

lycra5

Gamba 4.0 HFS sedang disusun mengikut lakaran

Langkah5: Setelah semua HFS disusun, gunakan sehelai kain spt tuala muka atau napkin untuk diletakkan secara perlahan ke atas susunan HFS tadi. Tuala ini akan menjadi perantara suhu kepanasan dari iron untuk dipindahkan ke atas HFS.

lycra6

Gamba 5.0 Kain/Tuala/ Napkin digunakan sebagai perantara/pelapik

Langkah 6: Akhir sekali, “on”kan seterika beberapa minit terlebih dahulu sebelum seterika diletakkan ke atas kain/tuala/napkin tadi. Biarkan dalam 1-3 min. Angkat dan ulangi langkah yang same untuk menampal HFS yang lain.

lycra7

Gamba 6.0 Seterika jenis wap digalakkan dlm kes ini

Antara tips-tips penting:

1. Gunakan seterika wap.

2. Pakai kain yg nipis sebagai perantara/pelapik.

3. HFS yg berkualiti akan mempunyai kale kelabu pd permukaan belakang.

4. Amalkan penggunaan pin untuk menegangkan kain.

5. Jangan terus letak seterika. Biarkan ianya hidup seketika sebelum diletakkan ke atas pelapik.

Lastly, cubalah langkah2 kat atas. May all the tips given will guide all d way while applying HFS on top of ur favorite attire.

Till next n3.

Tags: , , , ,

1 Response to " Sulaman Manik Labuci: Cara Melekatkan Hot Fix Stone (HFS) "

  1. Liyana says:

    Imass, nak tanya..kalo yang acrylic stone tu pun iron jeke?

    Reply this comment

Leave a Reply

Powered by WordPress.