You are here: Home // Info, Pengumuman // Sulaman Manik Labuci: Keahlian PeMANIK (No. Pendaftaran: 1528-11SEL)

Sulaman Manik Labuci: Keahlian PeMANIK (No. Pendaftaran: 1528-11SEL)

As salam sisters dan to all yg minat dunia sulaman manik labuci,

Due to heavy responses yg kite dpt, kali ni kite jawapnye antara FAQ untuk PeMANIK:

1. Saya berminat menjadi ahli bagaimana?

(jwpn): Sesiapa sahaja boleh menjadi ahli PeMANIK. Untuk menjadi ahli sila click http://senijahitan.com/borangMBS.pdf

2. Saya telah memuatturun borang. Bagaimana untuk saya isi dan submit?

(jwpn) Cara-cara untuk mengisi borang keahlian adalah seperti dibawah:

a) muat turun borang

b) cetak borang keahlian

c) isikan butiran2 yg dikehendaki

d) scan borang yg siap diisi

3) email ke dorisjani@yahoo.com  atau imass76@gmail.com

3. Saya tinggal di luar kawasan Selangor & Kuala Lumpur, bolehkah saya menjadi ahli PeMANIK?

(jwpn) Keahlian PeMANIK adalah terbuka kepada seluruh warga Malaysia yg berumur 18 tahun keatas dan tiada had bangsa. Keahlian dari seluruh pelusuk negeri termasuk Sabah, Sarawak amatlah dialu-alukan.

4. Saya telah cuba untuk muatturun borang tetapi ada masalah, bagaimana untuk saya meneruskan niat saya menjadi ahli PeMANIK?

(jwpn) Sekiranya anda mempunyai masalah untuk memuatturun borang anda bole emailkan butir2 diri seperti nama, no kad pengenalan, umur, alamat, pekerjaan, no. telefon/ handset dan sila nyatakan kategori (pengusaha atau peminat) manakah anda kepada dorisjani@yahoo.com  atau imass76@gmail.com.

5. Berapakah yuran keahlian PeMANIK dan bagaimana boleh saya membuat bayaran yuran keahlian PeMANIK?

(jwpn) Yuran keahlian tahunan PeMANIK adalah sebanyak RM30 shj. Bayaran untuk yuran keahlian boleh di buat kepada Bendahari MBS (Azie Nz) melalui akaun  maybank Aziha Zakaria 012101130867. Sila scan dan emailkan bukti pembayaran kepada Pn Azie Nz mylittletouch@yahoo.com. Resit keahlian akan diemail kepada anda.

6. Apakah faedah sekiranya saya menjadi ahli PeMANIK?

(jwpn) Antara faedah keahlian PeMANIK adalah seperti dibawah:

a) Beaders Knowledge Sharing Session (FOC)

b) Program LatihanPertauliahan  Kemahiran

c) Penyertaan Booth di Rakan Facebook PeMANIK

d) Penyertaan aktiviti seperti Pertandingan Sulaman Manik Labuci, Sehari bersama Bead Artis

e) Lawatan ke MIYUKI Co. Ltd

dan banyak lagi.. faedah dan aktiviti sebagai keahlian PeMANIK akan di tambah dan di revise untuk kebaikan semua pada masa akan datang.


So, marilah kite semua menjadi ahli…wassalam.

Tags: , , , , , , , , , , , , ,

1 Response to " Sulaman Manik Labuci: Keahlian PeMANIK (No. Pendaftaran: 1528-11SEL) "

  1. zetty says:

    sy nk jadi ahli tapi borang x keluar..

    Reply this comment

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.