.
Home > Tips, info > Sulaman Manik Labuci: Tips Penggunaan Sekuin

Sulaman Manik Labuci: Tips Penggunaan Sekuin

February 5th, 2010 Imass Leave a comment Go to comments

Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass

Salam sejahtera & dear all,

N3 kali ni selepas melihat kpd WIP hujung lengan kaf baju batik crepa kite pd n3 yg lepas, kesimpulannye penggunaan sekuin menjadi bahan utama dalam rekaan sebelum ni.

So, bagaimana utk kite menjaga baju2 yg telah disulam dengan sekuin? Apakah teknik yg terbaik utk kite applykan penggunaan sekuin? Bagaimana untuk mengekalkan sulaman sekuin di atas baju?

Antara tips2 yang utama:

1. Pastikan sewaktu kite melekatkan sekuin, ulang beberapa kali sulaman untuk mengekalkan kedudukan ianya disitu. Jahitan ulangan sebanyak 2 x akan memastikan sekuin berada ditempat yg sepatutnya.

2. Untuk memastikan sekuin tahan lama dan tidak tercabut sewaktu membasuh dlm mesin (sama ada cara sengaja atau tidak sengaja), ulang sebanyak 3 x dengan membentuk huruf Y. Then, sequin u all akan menten kedudukannye.

3. Ketika menyulam sekuin cuba utk menggunakan benang kale kontrast ataupun benang kale sama bagi memberikan impak yg menyerlahkan.

4. Setiap kali selepas membuat 3-4 set sulaman, pastikan anda membuat knot kerana cara ini lebih secure dari cara mengulang sulaman beberapa kali.

5. Setiap kali anda membeli baju2 yang ada rekaan sekuin ke atas nye, make sure ade sekuin tambahan yg dilekatkan bersama tag harga.

6. Sekiranya baju anda dibasuh dengan tgn atau ‘dry cleaning’ , pastikan baju telah betul2 kering. Cara ini akan lebih berhemah dalam ciri2 perbelanjaan berjimat-cermat.

7. Ubah penampilan t-shirt lama dan sepasang jeans anda dengan menjahitkan sekuin pada bahagian baju atau sulaman manik pada bahagian hujung kaki.

Selamat mencuba!

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

  1. imass@senijahitan
    February 8th, 2010 at 21:19 | #1

    rusilah

    insya allah nnti akak uploadkan cara nye

    Reply this comment

  2. Irsa
    February 5th, 2010 at 21:50 | #2

    kak Imass,
    Cmn nk tau sekuin yg bkualiti? Sy pnh beli sekuin bentuk bunga.
    Lps siap jahit kt baju, sy basuh pasal nak hilangkan wrna water pen.
    Tp sedihnya, wrna sekuin tu pun turut hilang…

    Reply this comment

    imass@senijahitan Reply:

    irsa

    tgk pd ketebalan sequin. selalunye sequin china nipis dan ade mcm 1 layer plastik. yg ni basuh skali tanggal

    Reply this comment

  3. rusilah
    February 5th, 2010 at 16:42 | #3

    kak imass,
    camne nk jahit Y tu?..bole terangkan sket tak?..macehh

    Reply this comment

  1. No trackbacks yet.