Sulaman Manik & Labuci: WIP Selendang & Batik Crepe
Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass
As salam & salam sejahtera,
N3 kali ni kite tgk camne kerja2 menyulam manik pada selendang dan kombinasi teknik2 yang menbentuk rekaan penuh. Kerja-kerja sulaman pd selendang terpulang pada beader tersebut bagaimana rekaan dibuat ke atas selendang. Untuk menjahit selendang, bahan utama adalah fabrik yang bakal kite pilih. Untuk selendang, seeloknya terdiri dari kain yg lembut spt sifon crepe, sifon gorgette atau sutera supaya ianya akan nampak jatuh dengan sekata. Selendang atau layah amat cantik digayakan dan mampu merubah wajah sekiranya kena dengan gaya ikatan.
Bahan yang diperlukan adalah:
1. Fabrik pilihan anda
2. Pilihan lace untuk bahagian tepi selendang atau layah
3. Benang senada fabrik
4. Jarum
5. Manik2 atau sequin pilihan hati
Pertamanya, selendang yg telah siap dipotong mengikut saiz perlu dijahit bahagian tepinya bagi mengelakkan fabrik berbulu.
Gamba 1.0 Jahitan tepi selendang
Kemudian, lekatkan lace sebagai base utk sulaman manik. (peringatan di sini, fabrik perlu digosok terlebih dahulu bagi memudahkan process menyulam manik. Kain yang renyuk akan menyebabkan gangguan kepada kite sewaktu menyulam.)
Gamba 2.0 Lace dilekatkan ke atas selendang/layah
Setelah siap melekatkan lace, sulamkan pula pilihan manik2 dan labuci ke atas lace tadi bagi menyerlahkan lagi selendang atau layah anda!
Gamba 3.0 Tambahan manik atau sequin
Untuk selendang yg ini, sequin flower bowl warna dark brown digunakan keatas kelopak sequin yg sedia ada. Antara tips yang boleh diconsider ketika memutuskan untuk memakai selendang atau layah, anda harus:
1. Mini telekung mesti ringkas andai layah yg digayakan sudah dihiasi dengan jemeki atau batu permata
2. Apa jua hiasan pada layah ia harus tidak menyemakkan bahagian kepala dan muka
3. Hiasan layah perlu dijahit pada bahagian tepi layah sahaja. Elakkan hiasan yg terlalu penuh dan merimaskan.
4. Andai mahu menggayakan tiara, pastikan dari bentuk bulat.
5. Elak menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal bg pengantin bertudung.
6. Jika mahu menghias layah dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elak memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.
7. Pemilihan batu permata atau jemeki juga harus diambilkira. Elak memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Jangan ubah diri anda dari pengantin kepada penari.
(Sumber tips: Pesona Pengantin, Oktober 2002)
Untuk WIP baju2 yang sedang disulam dengan manik dan labuci, mari lihat sulaman yg sedang dibuat atas baju batik kite sendiri. Baju ni, baju raya tahun lepas yg belum sempat dimanikkan. Setelah dipakai beberapa kali, jan 2010 ni baru ada kesempatan untuk menyulam manik & labuci.
Bahagian tangan yang disulam adalah pada kaf hujung lengan baju. Kite sengaja memilih bahagian ni coz nak highlightkan tangan. Leher x payah la.. teknik-teknik yang digunakan kat sini adalah kombinasi kepada semua teknik2 yang kite ajar dalam setiap kelas sulaman BE. Apa yg penting, kreativiti beader tersebut untuk menggabungkan apa jua teknik.
Gamba 4.0 Bahagian hujung lengan kaf
Antara teknik yang kite gabungkan, manik bersayap (Wings of sequin), 3 serangkai (Three Beaded Beads), looped stiches & detached stiches. Cubalah combinekan color2 anda sebelum menyulam.. insya allah u’ll learn!
Gamba 5.0 Pandangan dekat hasil sulaman
So tunggu ape lagi, bolehlah cuba. Yang penting sabar…..
Wassalam..
If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!




salam
macam mana lekatkan lace tu? saya tak faham la…
thank you
Reply this comment
Imass Reply:
February 21st, 2010 at 9:18 pm
sal,
jaitkan aje.
Reply this comment
kak, x mcm serabut ker kt bhgn cuf tu dgn design yg akak buat tu…? cam serabut jer…semua ade…jgn kecik ati..mgkin saya x berminat….
Reply this comment
Imass Reply:
February 12th, 2010 at 6:09 am
jun,
kalau akak pun mmg suka akan design yg simple. ni sebb nk tunjukkan bagaimana kombinasi teknik2 ni bole membentuk 1 rekaan. no offences
Reply this comment
rozee
seeloknya batu2 supaya ia mengimbangi kain jojet dan terletak cantik atas kepala.
Reply this comment
SALAM kak.. kalau selendang jojet yg beli dah siap, apa sulaman manik dah labuci yg sesuai ut dijahit mengikut pandangan akak?
Reply this comment
Imass Reply:
February 21st, 2010 at 9:17 pm
rozee
stone would be better. nnti dia akan terletak cantik
Reply this comment