You are here: Home // Rekaan, Teknik Sulaman Manik // SULAMAN MANIK: UPDATE ON LATEST BEADS EMBROIDERY ACTIVITIES

SULAMAN MANIK: UPDATE ON LATEST BEADS EMBROIDERY ACTIVITIES

As salam & selamat sejahtera,

Lama x dpt nak update coz bz ngan keje2 ofis – submission of RMK10 document, performance monitoring lagi, sampai bdan rasa sakit2. Minggu ni baru start dapat balik awal dan tido lena. Kalau x mahu tido ntah kemane, makan pulak makin banyak. Tu yg buat badan makin sedap je naik ni..

Tanpa membuang masa, lets see latest beadwork done utk k.rosmi. Baju k.rosmi ni kale merah hati n maroon, kain nipis ala2 sifon, berlapik (lining) badan n tangan. Corak bunga2 bahgain depan baju besa2. Dia minta disulamkan manik utk dipakai masa kenduri kawin nnti. Nak nampak glam n simple. Meh tgk preview hasil sulaman..

ioi10jan_5Gamba 1.0 Gamba keseluruhan baju pandangan depan

ioi10jan_4Gamba 2.0 (a) Gamba close up bahagian bunga

ioi10June-xpe-lain-x-ye..Gamba 2.0 (b) Close up bahagian bunga

Untuk bahagian bunga ni, kite kombinekan penggunaan HFS, acrylic stone, MIYUKI 11/0, sequin square,  sequin flower flat dan glass pearl – eye drop dari brand MGB. Teknik-teknik yang di applykan adalah beriringan, tali air, manik bersayap, sisik ikan dan juntaian. HFS kale merah menyala digunakan dan dilekatkan terlebih dahulu menggunakan stim iron. Lepas tu, baru jahitankan inti tengah bunga dengan menggunakan acrylic stone – eye shape & round 12mm. Dah siap inti then sulamankan kelopak bunga bahagian dalam menggunakan sequin square kale gold. Yang ni dalam kedai manik xde. Kena cari kat kedai luar. Lepas tu nak blend with kale gold supaya x nak nampak dia terlalu shining sgt kite pakai sequin flower flat (rainbow) dan jait pakai teknik sisik ikan.VBuatkan juntaian sebanyak 2 juntai dimane satu panjang dan satu lagi pendek skit.  Akhir skali, baru jahitkan jalur2 garisan tali air.  Bahagian line atas baju tu kite sulamkan dengan teknik beriringan supaya bunganye x nampak tergantung. Tak lupa bahagian hujung lengan baju pun same. 1 layer beriringan.

K.Rosmi happy with the output. Ni lepas dia pakai baru minta smula utk snap gamba, heheee.. buruk siku le skit. next meh tgk whats happend during weekend kat IOI Boulevard.

Tepat jam 12 k.wan muncul. K.Wan ni dtg dari masa 2nd time kite buka booth kat sana. Datang kali pertama just nak sesi suai kenal, kali ni dtg (last week) barulah sesi nak belaja. Within 3 hours, dia manage to get 5 tehcniqueson the spot. Semasa k.Wan tgh belaja dtg pulak Ila. Ila bring along bajunye utk mendapatkan konsultasi. Dua pasang baju maknye. Ila pernah belaja dengan kolej komuniti kat Ulu Langat x silap kite. Tapi, aritu, kene suh Ila belaja wat simpulan smula. sempat le belaja 1 teknik – dahlia. Then she need to rush back. Beli2 manik, jalan.

Later, datang pulak k.Ann dari SU3.  She also needed consultation on her baju pengantin kain lace + selendang. Kite advise dia lekatkan kain lace or kain gam di bahagian hujung lengan b4 start sulaman. Tujuannya nak mengukuhkan lagi sulaman nnti coz kain lace lubangnye beso2.. takut cicir plak manik2 nye. After sesi konsultasi dan tunjuk ajar camne nak jait, K.Ann nak proceed belaja buat bunga besa2.. Ala2 saiz duit 20sen dan 50 sen. Ni hasil bunga2 nye..

ioi10jan_2Gamba 4.0 Bunga hasil sulaman k.Ann – saiz 20sen

Claim k.Ann, dia cuba buat kat rumah tapi x jadik. Kali ni dia puas hati coz dah dpt cara yang betul. Next pic, bunga saiz 50sen pulak. tapi dia sempat jait separuh je coz, cik abang dah tunggu. Meh tengok bunga separa siap hasil sulaman K.Ann.

ioi10jan_3Gamba 5.0 Bunga separuh siap – saiz 50sen

Bunga yang ni hasilnye kelopaknye nampak tinggi sebab tapak bunga tu. Then bahagian tengahnya senget coz K.Ann sulaman senget kelopak2 nye. Nak cepat nye pasal. Hopefully she’s continue it at home and finished what she’d started. Ada pelbagai jenis dan rekaan bunga2 lagi. Yang penting, asasnye tu kene tau. Then ubah skit penggunaan materialnye, jadik lain efek dan output nya.

Masa yang same jugak datang Anis, seorang guru di bandar Sunway. Sabarnya hubby dia menunggu. Anis manage to get 4 techniques done. Masa dia belaja, mate x sudah jeling2 kat K.Ann. geram tgk bunga besa2 tu. Ni Anis..

ioi10jan_1Gamba 6.0 Anis with me kat tengah, K.Ann dan sorang customer kedai manik – Rohana

So, kepada yg berminat, booth kedai manik akan dibuka seperti biasa pada Sabtu (16 jan) ni jam 12pm -7pm di IOI Boulevard, Aras bawah. Skali lagi kite ingatkan, tempat ni bukan di IOI Mall tapi bertentangan ye.. Ada banner besa digantung kat depan bangunan. Kepada yg berminat nak belaja on the spot bole datang pada masa yg ditetapkan kat atas.

Jumpa kat sana..

Tags: , , , , ,

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.