Archive

Posts Tagged ‘kelas sulaman manik’

JADUAL KELAS SULAMAN MANIK & LABUCI: SEMENANJUNG & SABAH

June 7th, 2009 Imass 33 comments

Sekiranya artikel-artikel di blog ini memberikan manfaat kepada anda teruskan subscribe bersama kami. RSS feed. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami! -Imass

Perkara diatas adalah dirujuk. Berikut adalah senarai jadual kelas-kelas sulaman manik & labuci yang akan diadakan di sekitar semenanjung Malaysia dan Sabah.

Sila lihat jadual dibawah:

1. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Advance Level

Tarikh: 20 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Masjid Tanah, Melaka

Bayaran: RM 150/seorang (terhad kepada 5 orang sahaja)

Kelas ini adalah sambungan kepada kelas asas/pertengahan. Kepada yang berminat, anda dijemput untuk menyertai kelas ini.

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 10 teknik advance sulaman manik & labuci;
  2. Sulaman pelbagai dimensi sekuin;
  3. Cara padanan warna fabrik dengan manik & labuci secara tun;
  4. Cara pemindahan rekaan secara praktikal (hands on); dan
  5. Cara kombinasi teknik (asas, pertengahan & advance) menggunakan manik, sequin, kristal dan batu-batuan.

Syarat-Syaratnya :

  • Peserta haruslah mempunyai Asas Teknik Sulaman Manik Labuci,  ATAU
  • Pernah menghadiri kelas Sulaman Manik & Labuci yang dinajurkan oleh senijahitan.com, ATAU
  • Telah mendaftar (registered) dan memuat turun buku digital “TEKNIK ASAS SULAMAN MANIK & LABUCI”
  • Peserta menyediakan sepasang baju kurung polos untuk proses pembelajaran nanti.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, manik, sequin, kristal & sebagainye
  • Makanan & minuman

* Nota: Setiap peserta akan diberikan 1 sample rekaan. Peserta akan menyulam rekaan tersebut ke atas baju masing-masing dari A-Z. Pengajar akan monitor secara 1-1 sepanjang proses pembelajaran. Peserta akan diberi peluang menyerlahkan kreativiti masing-masing dengan menentukan sendiri gabungan teknik yang akan disulam ke atas baju.

**********************

2. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas

Tarikh: 27 Jun 2009 (Sabtu)

Masa: 8.30 pagi – 12 tengahari

Tempat: Surau Al-Muhajirin SU3

Bayaran: RM 50/seorang

Kelas ini adalah terbuka kepada semua surirumah atau sesiapa sahaja yang ingin melangkah pertama kali ke dunia sulaman manik & labuci. Kepada yang ingin mengingati semula teknik-teknik yang telah dipelajari, kelas ini boleh dijadikan sebagai ‘refresher class’, kehadiran anda adalah dialu-alukan.  Butir-butir kelas adalah seperti dibawah:

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 10 teknik asas sulaman manik & labuci;
  2. Asas padanan warna, manik dan fabrik;
  3. Asas pemindahan rekaan ke atas fabrik; dan
  4. Asas melakar rekaan ke atas fabrik.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, kain, manik & sequin
  • Makanan ringan & minuman

* Nota: Keterangan lanjut boleh hubungi Pn. Mazrina (N66S4)  017-6112464  atau Pn. Emma (N31S4)  013-2689990 . Sila bawa baju kegemaran anda untuk mendapatkan konsultansi percuma di akhir sesi kelas.

************************

3. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas & Pertengahan

Tarikh: 4 Julai 2009 (Sabtu)

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Kuala Lipis, Pahang

Bayaran: RM 100/seorang (terhad kepada 10 orang sahaja)

Kelas ini adalah terbuka kepada yang berminat untuk menjadikan hobi sulaman manik kepada satu pendapatan sampingan yang lumayan. Butir-butir kelas adalah seperti dibawah:

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 20 teknik asas & pertengahan sulaman manik & labuci;
  2. Asas padanan warna, manik dan fabrik;
  3. Asas pemindahan rekaan ke atas fabrik; dan
  4. Asas melakar rekaan ke atas fabrik.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, kain, manik & sequin
  • Makanan ringan & minuman

* Nota: Sila bawa baju kegemaran anda untuk mendapatkan konsultansi percuma di akhir sesi kelas. Details tempat akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

*************************

4. Kelas Sulaman Manik & Labuci: Asas & Pertengahan

Tarikh: 26 Julai 2009 (Ahad)

Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang

Tempat: Sandakan, Sabah

Bayaran: RM 200/seorang (terhad kepada 20 orang sahaja)

Kelas ini adalah terbuka kepada yang berminat untuk menjadikan hobi sulaman manik kepada satu pendapatan sampingan yang lumayan. Butir-butir kelas adalah seperti dibawah:

Silibus adalah seperti dibawah:

  1. 20 teknik asas & pertengahan sulaman manik & labuci;
  2. Asas padanan warna, manik dan fabrik;
  3. Asas pemindahan rekaan ke atas fabrik; dan
  4. Asas melakar rekaan ke atas fabrik.

Yang disediakan:

  • Peralatan sulaman spt jarum, benang, kain, manik & sequin
  • Makanan ringan & minuman

* Nota: Sila bawa baju kegemaran anda untuk mendapatkan konsultansi percuma di akhir sesi kelas. Details tempat akan diberitahu kemudian. Harap maklum.

*************************

Sebarang pertanyaan boleh email ke imass@senijahitan.com atau sms ke  016 6197488.

Harap  maklum.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

ANNOUNCEMENT: DETAILS ON KELAS DI DEWAN MPAG

May 23rd, 2009 Imass No comments

Assalamualaikum & salam sejahtera,

KEPADA YANG TELAH MENDAFTAR ATAU BOOK TEMPAT UTK KELAS DI DEWAN MPAG, AHAD 24 MAY 2009, KELAS AKAN BERMULA PADA JAM 9.00am. KETEPATAN MASA AMATLAH DIHARGAI KERANA KITE AKAN BELAJAR SEBANYAK 20 TEKNIK SULAMAN.

MAKAM & MINUM DISEDIAKAN, INSYALLAH DGN KERJASAMA SEMUA KELAS AKAN BERJALAN LANCAR.

 

JUMPA DI SANA!

p/s: kat pengklan balak ni, kenduri adik ipar.

If you enjoyed this post, make sure you subscribe to my RSS feed!

Categories: Pengumuman Tags: