Salam sejahtera semua.
Akhirnya sampai juga hajat saya untuk memberikan sesuatu yang sangat berguna kepada pembaca-pembaca semua.
So pada hari ini tepat jam 11.00 pagi dengan rasminya saya melancarkan ebook pertama saya dalam Siri Pertama iaitu Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci.

Setelah bertungkus lumus menyiapkan ebook ini dan akhirnya siap untuk dijadikan sumber panduan kepada anda yang masih baru dalam dunia sulaman. Jutaan terima kasih kepada anda yang terus menyokong saya dalam seni sulaman manik dan labuci terutama yang setia datang ke blog ni.
Saya perhatikan trafik ke blog ni semakin meninggkat setiap hari. Emm..bimbang juga takut-takut tak cukup bandwith pulak sebab dah tentu ramai yg nak download ebook ni.
Apa pun saya harapkan anda semua bersabar bimbang server hosting perlahan atau dalam keadaan terlalu ramai yang mendownload. Ehh…macam laku sangat ke ebook saya ni. Ha…saya tak nak umumkan apa-apa harga tapi boleh pergi ke minisite yang saya buat khas untuk ebook Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci.
Baca dulu kat minisite tu betul-betul sebab ada sesuatu yang istimewa untuk anda semua. Namun ebook ini bukanlah nokhtah terakhir saya dalam menyumbang dan perkongsian ilmu seni sulaman tapi selepas ini ada sesuatu yang lebih istimewa akan saya lancarkan.
Ye bukan mudah untuk menulis sesebuah ebook lebih-lebih satu panduan yang bakal digunakan oleh orang lain. Jadi saya mohon maaf sekiranya ebook teknik asas ini serba kekurangan dari segi penampilan. Kalau ada tersalah eja tu harap-harap paham sendiri lah ye. Maklumlah baru first time tulis ebook itu pun asyik tidur lambat je nak menyiapkannya.
Oklah saya pun tak nak celoteh panjang jom ke minisite baru saya yang dah dilancarkan tadi. Sekiranya ada apa-apa masalah jangan segan silu nak hubungi saya. Terutama tak paham macam mana nak download atau ekstrak ebook tu. InsayaAllah segala yang terdaya akan saya bantu.
Berita gembira ni memang dinantikan oleh pembaca-pembaca yang tak putus-putus menghantar emel bertanyakan “kak bila nak buat ebook?”. Kadang sampai tak terjawap sebab banyak lagi emel-emel berkaitan sulaman dan pembelian manik.
Oh ya saya juga akan melancarkan kedai manik terbaru selepas ni. Emm…kerja-kerja mengedit dan memasukkan gambar-gambar produk iaitu manik sedang saya jalankan. InsyaAllh dalam masa terdekat ni akan saya umumkan nanti. Maybe lepas ni tersusunlah sistem pembelian dan rekod-rekod jualan manik saya. Sekarang tunggang langgang maklumlah takde sistem yang betul-betul efisien.
Maybe sebelum ni kita selalu baca buku fizikal tapi apa kata kita baca ebook pulak. Kalau yang belum biasa tu …biasa-biasakan lah ye.
Baiklah saya berhenti dulu kat sini dan ingin menantikan feedback dari anda semua.
Sekian
Imass





ching
nnti kite check ye..
Reply this comment
feeda
nnti akak cek..
Reply this comment
saye dah bnyk kali register,tp tak dapat2 juga. kenapa ye…
Reply this comment
kenapa saya tak dapat download….. boleh beritahu caranya….. saya dah registered.
Reply this comment
salam, betul ke tanpa bayaran dikenakan????
Reply this comment
Imass Reply:
August 20th, 2009 at 9:09 am
wasalam, yupp…. free…. jer
Reply this comment
kak sha dah practik teknik asas dan curi2 buat yang advance ckit.cantik la rasa kepuasan dalam diri sangat thanks kak imass
Reply this comment
Imass Reply:
August 20th, 2009 at 2:26 am
sha
alhamdulillah.. bestkan that feeling?! ;P
Reply this comment
imass mcmne sy nk dptkan ebook siri 1 ni…
Reply this comment
Imass Reply:
July 11th, 2009 at 12:44 am
azza
click kat gamba buku tu. or http://www.teknikasas.senijahitan.com register n download
Reply this comment
knaper sy x bleh download yer?
Reply this comment
Imass Reply:
July 11th, 2009 at 12:43 am
hani
cuba try sklai lagi. kadang2 masalah kat server tu.
Reply this comment
kak.. ebook ni dlm format pdf atau exe…?
Reply this comment
Imass Reply:
July 1st, 2009 at 11:58 pm
siti
2 2 pun ade. exe utk download.
Reply this comment
Saya ingin membeli bukuteknik sulaman manik dimana saya boleh mnedapatkannya
Reply this comment
Imass Reply:
April 24th, 2009 at 11:58 am
Buku tu produk digital tak perlu beli.
Klik je banner tu nanti ikut arahan yg
perlukan
Reply this comment