You are here: Home // Info, Rekaan, Seni Jahitan, Teknik Sulaman Manik // Tempahan Manik Labuci FY2012 & Felt Flower

Tempahan Manik Labuci FY2012 & Felt Flower

As salam & salam sejahtera to all senijahitan.com fans..

Dari sehari ke sehari, dari sekadar 100 peminat sehingga kini 7122 orang, terima kasih tak terhingga kepada yang masih sudi dan setia mengikuti blog kami walaupun kadang2 terperam lama dan hampir2 bersarang labah2 tebal..huhuu.

Oleh sebb sokongan yang berterusan ini, pihak senijahitan.com dalam proses melancarkan terbitan buku panduan digital, bagaimana membangunkan kedai online seperti imassbeads.com. Buku ini akan menerangkan langkah demi langkah dari pembelian domain, hosting sehinggalah kpd pembangunan produk pilihan. Buku ini juga bukan sahaja untuk mereka yg ingin menjual manik tapi boleh diguna pakai terhadap semua jenis produk seperti tudung, baju, kain, lace, topi kanak2 dan sebagainya.

Pihak senijahitan.com juga menawarkan servis business consultancy dan pembangunan business proposal/paperwork untuk mereka yang ingin mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank tempatan (Maybank, SME Bank, GIRO etc) atau gran daripada mana2 grant provider (MDec, MyCreative Venture Capital etc). Pembangunan paperwork untuk persatuan atau koperasi juga are most welcome (if not x akan ade lah Persatuan Pengusaha dan Peminat Seni Sulaman Manik Selangor & KL (PeMANIK) a.k.a Malaysia Beads Society (MBS – in facebook)).

Kesemua ini adalah hasil dari pemantauan dan pengalaman penulis  dan keinginan untuk “SHARE” ilmu business online ini dengan semua peminat senijahitan.com dan imassbeads.com. Berkat doa dan sokongan padu, kite (penulis) rasa sudah sampai masa pulak kite give back kpd para peminat. So, kepada peminat seni jahitan.com dan imassbeads.com nntikan pelancaran buku panduan ini dan untuk subcribers senijahitan.com, anda akan diberi RATE istimewa.. Insya Allah, x lama lagi kedai fizikal pulak akan menjelma..amin

Sejak tahun 2006 sehingga kini, pelbagai cabaran dihadapi tapi bak kate pepatah melayu kite, “alah bisa tegal biasa’, “kalau tidak dipecahkan ruyong, mana kan dapat sagunya?”, “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”, berkat doa ibunda, famili, sokongan padu semua..if without semua peminat dan penyokong kite x akan kekal sehingga kini, walaupun dah ramai yg menjual manik secara online tapi kite anggap, setiap orang ade rezeki masing2, cara tersendiri dan peminat sendiri. Lagipun, orang tamak selalu rugikan??? Hopefully, janganlah kite semua teralpa..dan insya allah as long as our Niyyah (niat) tu betul, plus drove by this passion (beadwork) in me, selagi tulah kite akan teruskan perjuangan..

Lets see next perjuangan, masih berjuang dalam memenuhi tempahan pelanggan lama dan baru. Untuk yg lama, i respect their request not to share the hasil (hanya tuan punya baju dan tukang jait manik je yg tahu). Tapi rasa yg ini boleh kot untuk kite share..baju ni baju azue, orang ketiga untuk bulan january 2012 yg menempah sulaman manik ngan kite dan spesifik nakkan design ala2 crumble gitu.

Gambar 1.0 Bahan-bahannya (tapi ni x semua kale kite pakai)

Ini hanya bahan-bahan yg telah bercampur dari previous beadwork design crumble, so kite pilih2lah kale serta bahan mane yg sesuai. Ini dah malas nk sort..harap maklum lah yea..

Gambar 2.0 Hasil output di bahagian leher

Hasil output ni, azue ade kasi gamba contoh, hopefully x dapat nk sebijik sebuntat same tapi inilah saje yg termampu kite buat ikut bajet azue. Bahagian tangan, azue hanye nk manik tabur.

Nak tengok close up, meh kite gi skrol gambar seterusnya..

Gambar 3.0 Close up hasil jahitan

Tengah update ni tetiba terkenang plak, soalan zai butterfly beads dalam facebook page MBS..zai bertanye if possible atau tidak kite buat 2 atau 3 kerja dalam satu masa (selain keje rumah).. ntah kenapa plak bole teringat. For me, depends pada individu tersebut. Like myself mmg suka buat2 kerja2 tangan ni, from hobby u may turn it into something yg profitable to you right? And like myself, kite share dgn anak perempuan kite, dia pun very passionate juga.

Ni tengah buat cekak rambut dari kain felt. Intinya kite letak glass pearls or any beads yg dia suka. Dah makpak pembekal manik, apelagi salah guna kuasa memilih..huhuu.. semua dipilihnya.

Gambar 4.9 Contoh cekak rambut bunga felt dan manik yg siap

Cekak ni sebagai cth sahaja. Ade yg memberi sebagai hadiah. nak dijadikan cerita, tengah2 berjalan kat AEON Bukit Tinggi, masuk kedai jepun RM5. Dia nampak kain felt terus nk beli. As a parent, kenalah support usaha anak, x gitu?

Gambar 5.0 Kepingan bunga felt

Yang ni mmg dia sendiri terap, lukis dan gunting. Maknye prepare contoh bunga dari news paper je as mould. Ade 4 saiz – duit  5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen paling besar. Kale oren ni – 50 sen saiz. Pen mudah padam tu, dia tala maknye punye.. Nak tgk hasilnya kena tunggu next post coz tukang buat bunga felt dh kepenatan balik dari PD..(holiday maa..)

Until next post, jangan lupa nntikan pelancaran buku panduan pembangunan business online dari pihak kami dan hasil output cekak bunga felt dan manik2..

Wassalam..

 

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.