You are here: Home // Seni Jahitan // Video Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci

Video Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci

video-sulaman-1

video-sulaman-2

video-sulaman-3

video-sulaman-5

video-sulaman-5

Setelah sekian lama projek video ini menghadapi pelbagai kesukaran untuk menyiapkannya dan akhirnya telah sampai ke fasa terakhir.

Saya cuma ingin maklumkan video ini akan dikeluarkan dalam versi DVD dan juga VCD. Sudah tentu harganya juga berbeza. Kita sedia maklum versi DVD lebih baik kerana boleh dimuatkan dalam sekeping DVD sahaja berbanding VCD iaitu 2 keping CD. Begitu juga dengan tahap kualiti paparan video versi DVD lebih baik.

Namun bukanlah versi VCD langsung tidak berkualiti cuma beza sikit jer. Samalah macam kita tonton movie yang kita beli tu.

Video ini mengandungi 20 teknik asas yang sulaman manik dan labuci dan dipecahkan mengikut setiap teknik. Jadi tak perlu tonton semua sekali gus. Kita bukannya nak tengok cerita tapi nak praktikkan apa yang saya ajarkan dalam video tu nanti.

Jadi mahirkan setiap satu teknik sebelum melangkah ke teknik seterusnya. Setiap teknik ada kesinambungannya antara teknik2 yang lain. Jadi pastikan anda tidak lompat2 teknik kerana mungkin hasilnya nanti tidak memuaskan.

Kepada yang sudah mahir mungkin boleh dijadikan rujukan dan tambah kemahiran. Tapi amat sesuai kepada beginner kerana teknik2 inilah yang akan digunakan untuk anda corakkan sendiri bentuk2 sulaman yang bakal anda ciptakan nanti.

Video ini mengandungi lebih dari satu jam dan diharap kepada yang memilikinya nanti dapat mempraktikkan dengan sabar. InsyaAllah semua akan menjadi mudah.

Kepada yang tidak berpeluang mengikuti kelas sulaman yang telah saya adakan sebelum ni atau pada masa akan datang boleh dapatkan video ini nanti untuk belajar sendiri di rumah so takde alasan lagi :)

Baiklah saya akan umumkan tarikh pelancaran dan harganya sedikit masa lagi.

Sekian

Imass

6 Responses to " Video Teknik Asas Sulaman Manik Dan Labuci "

  1. Imass says:

    nadrah

    ade bole click kat gamba tu kuar borong isi n kite kaan pos!

    Reply this comment

  2. nadrah says:

    saya nak beli dvd tue…ader lg tak…braper harga..?

    Reply this comment

  3. Imass says:

    fara

    bole click pada banner kelas & register. tq

    Reply this comment

  4. fara says:

    salam kak,sy first time melawat blog akk ni n sy ade tgok event utk 4 July tu,masih ade kekosongan?bagaimana utk bayaran deposit tu??sbrg makluman akk email pd sy nuzul_nuha@yahoo.com or contact no 013-2514645,akk leh sms pd sy,terima kasih yer,sy sgt berminat dgn kelas jahitan manik tersebut..

    Reply this comment

  5. cheq-sue says:

    Tahniah!….Wah maju betul Imass sekarang nih. Cayalah….teruskan berkreatif. Nanti ada kesempatan kita JV bersama ya. Mana tahu boleh gabung idea & tenaga.

    Reply this comment

    imass Reply:

    cheq sue

    mmg menuggu nak JV ngan sue. tunggu semua selamat ya.. kite doa kan sue slamat dpt bb baru

    Reply this comment

Leave a Reply

Designed by ImassBeads. Powered by WordPress.